Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS - Utusan Malaysia

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal dagangan hari ini ketika ketegangan perang perdagangan kembali reda, kata peniaga.

Pada pukul 9 pagi, ringgit disebut pada 4.0180/0230 berbanding dolar AS daripada 4.0250/0300 sewaktu ditutup pada Isnin.

Peniaga berkata, terdapat penurunan bagi pendirian tarif AS yang agresif dan pembayaran gaji bukan ladang, menyebabkan minat pelabur beralih kepada mata wang lain termasuk ringgit.

“Selain itu, mata wang Asia diniagakan lebih kukuh yang didorong oleh penurunan renminbi prestasi ekuiti yang teguh dan sentimen risiko lebih baik yang amat berbeza berbanding ketidaktentuan pasaran minggu lepas,” katanya.

Di peringkat tempatan, tumpuan penting seterusnya adalah kepada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari esok, yang pertama kali akan dipengerusikan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) baharu, Datuk Nor Shamsiah Mohd. Yunus.

“Tiada pendorong sebenar yang kukuh untuk bank pusat melaraskan dasar kadar faedah di peringkat sekarang. Bagaimanapun, berdasarkan semua ketidaktentuan politik, masih ada peluang bagi BNM menawarkan kadar faedah yang wajar,” katanya.

Ringgit diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.9679/9723 daripada 2.9731/9772 dan naik berbanding yen kepada 3.6208/6263 daripada 3.6439/6487 pada Isnin.

Mata wang tempatan stabil berbanding euro kepada 4.7252/7315 daripada 4.7366/7437 dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.3279/3349 daripada 5.3681/3756 semalam. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN