Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS - Utusan Malaysia

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi pembukaan hari ini berikutan kekurangan permintaan terhadap unit tempatan itu, kata seorang peniaga.  

Pada pukul 9 pagi, ringgit berada pada 4.0440/0470 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.0370/0420 pada Rabu.

Peniaga itu berkata, dolar AS diniagakan tinggi berikutan prospek satu lagi pusingan tarif akan dikenakan Amerika Syarikat ke atas barangan China. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Apa yang kita lihat sekarang adalah dolar AS menerima rangsangan daripada pengumuman tarif baharu 10 peratus oleh Presiden AS, Donald Trump yang akan dikenakan ke atas senarai barang import China bernilai AS$200 bilion (RM808 bilion),” katanya.

Di dalam negara, Bank Negara Malaysia pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari pada Rabu telah mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.25 peratus.

Berbanding kumpulan mata wang utama, ringgit diniagakan tinggi.

Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.9629/9661 daripada 2.9651/9699, dan mengukuh berbanding yen kepada 3.6065/6102 daripada 3.6297/635 pada Rabu.

Ringgit tinggi berbanding euro pada 4.7222/7261 daripada 4.7237/7312, dan meningkat berbanding pound British kepada 5.3389/3445 daripada 5.3466/3552. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×