KUALA LUMPUR – Ringgit diniagakan rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) semasa dagangan dibuka hari ini, menjejaki penurunan harga minyak mentah selain pelabur menunggu data ekonomi negara maju itu. Pada pukul 9 pagi, mata wang tempatan disebut pada 4.0700/0730 berbanding dolar AS daripada 4.0580/0630 ketika ditutup semalam. Dalam nota hari ini, Public Investment Bank Bhd. berkata, tempahan dan penghantaran barangan modal utama AS meningkat pada Jun sekali gus menunjukkan pertumbuhan…










