ALOR SETAR 17 Julai – Seorang pekerja kilang warga emas maut setelah ditimpa bumbung tempat kerjanya yang runtuh akibat ribut di Jalan Gunung Keriang, dekat sini petang tadi.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd. Rozi Jidin berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 4.53 petang mengakibatkan mangsa, Johari Zakaria, 60, menghembuskan nafas terakhir di tempat kejadian.
“Selain mangsa, terdapat seorang lagi pekerja kilang tersebut yang belum dikenal pasti identitinya turut cedera.
“Mayat mangsa yang berasal dari Kampung Padang Lalang dan individu yang cedera tersebut kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE










