Restoran nasi kandar 
popular diarah tutup
 - Utusan Malaysia

Restoran nasi kandar 
popular diarah tutup


Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 18 Julai – Restoran nasi kandar terkenal dari Kedah yang beroperasi di Pusat Komersial Nadi@15, Presint 15 di sini diarahkan tutup selama dua minggu kerana didapati beroperasi dalam persekitaran kotor.

Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Datuk Seri Hasim Ismail berkata, dalam pemeriksaan terhadap premis itu, pihaknya mendapati bahagian dapur serta stor makanan berada dalam keadaan tidak teratur selain menemui banyak lipas dan lalat.

“Notis penutupan terhadap premis tersebut dikeluarkan serta-merta kerana didapati me­langgar Undang-Undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan (Wilayah Persekutuan Putrajaya) 2012 dan Akta Makanan 1983.

“Perangkap minyak dan sisa makanan yang terletak di bahagian dapur juga agak berbau menyebabkan kehadiran lalat yang boleh menganggu pelanggan,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengetuai operasi pemeriksaan PPj di enam premis sekitar Presint 15 di sini, semalam.

Hashim berkata, pemeriksaan juga mendapati para pekerja di restoran itu dipercayai tidak mendapat suntikan vaksin pelalian anti-tifoid apabila gagal mengemukakan bukti.

Menurutnya, pihaknya telah banyak kali memberi teguran dan pernah mengeluarkan kompaun terhadap premis ber­kenaan tetapi pemiliknya tidak mengambil tindakan penambahbaikan.

“Kita beri peluang untuk mereka lakukan pembaikan dan pembersihan. Jika kita dapati premis itu menepati kriteria yang ditetapkan mereka boleh ber­o­perasi se­perti biasa,’’ katanya.

Jelas beliau, restoran yang beroperasi sejak tiga bulan lalu itu

mendapat taraf C dalam pengredan iaitu keadaan premis yang tidak bersih dan penyediaan makanan tidak selamat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN