Remaja putus kaki kiri bukan akibat bermain basikal lajak - Utusan Malaysia

Remaja putus kaki kiri bukan akibat bermain basikal lajak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 14 Julai – Seorang pelajar lelaki tingkatan satu sebuah sekolah di Tanah Merah terputus kaki kiri akibat motosikal yang ditunggangnya terbabas lalu melanggar penghadang jalan raya dan bukannya kerana bermain ‘basikal lajak’ seperti yang tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata, remaja tersebut kini dalam keadaan koma sedang dirawat di Hospital Tanah Merah.

“Kita sedang menunggu saksi kejadian itu membuat laporan polis,” katanya kepada pemberita selepas ditemui pada Majlis Aidilfitri Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi) di sini Jumaat malam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sejak  semalam, beberapa gambar  kemalangan merujuk kepada remaja itu tukar di laman sosial dengan menunjukkan mangsa parah dengan sebelah kakinya terputus hingga paras paha.

Laporan yang tular itu menyebut bahawa  kejadian  itu  berlaku pada 4 petang  apabila  remaja berkenaan dikatakan melanggar penghadang besi ketika bermain basikal lajak di tepi jalan di Tanah Merah.

Menurut laporan itu lagi remaja  terbabit kemudiannya dihantar  ke hospital  dalam keadaan parah oleh penduduk berdekatan menggunakan pacuan empat roda.-BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×