Remaja maut motosikal dirempuh treler - Utusan Malaysia

Remaja maut motosikal dirempuh treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Seorang remaja maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh dari belakang oleh sebuah treler di Jalan Utama Selancar, Muadzam Shah dekat sini semalam. 

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Azli Mohd. Noor berkata, pada kejadian pukul 6.40 petang semalam, mangsa Daniel Tarmizi Muhammad, 16, yang berasal dari Felda Selancar 2 Muadzam Shah maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala. 

“Kemalangan dipercayai berpunca daripada tindakan pemandu treler merempuh belakang motosikal mangsa yang berada di tengah-tengah jalan menyebabkan mangsa tercampak ke bahu jalan sebelah kiri. 

“Pemandu treler yang berusia 53 tahun itu telah melarikan diri dari tempat kejadian sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat di Johor, malam semalam,” katanya semasa dihubungi di sini, hari ini. 

Azli menambah mayat mangsa dihantar ke Hospital Muadzam untuk bedah siasat dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN