Remaja dibunuh geng dadah - Utusan Malaysia

Remaja dibunuh geng dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI – Misteri pembunuhan seorang remaja yang mayatnya ditanam separuh badan di kebun durian di Bandar Baru Kangkar, Pulai dekat sini pada 5 Julai lalu terbongkar apabila mangsa dibunuh angkara pergaduhan hasil jualan dadah.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Noor Hashim Mohamed (gambar kecil) berkata, motif kejadian itu terjawab apabila polis berjaya menahan 17 individu termasuk enam wanita selepas dipercayai terlibat dalam kes tersebut.

Katanya, kesemua 11 lelaki dan enam wanita masing-ma­sing berusia antara 15 hingga 40 tahun ditahan dalam beberapa operasi pada 7 hingga 16 Julai lalu.

Menurutnya, kesemua suspek itu ditahan hasil serbuan di beberapa buah rumah serta hotel di sekitar Johor Bahru.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN