Dalam tempoh sebulan lalu, negara dikejutkan dengan beberapa kes pembunuhan ahli keluarga melibatkan individu yang mengalami masalah penyakit mental. Terbaharu, kes melibatkan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Data Peribadi, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Khalidah Mohd. Darus yang disyaki dibunuh oleh anaknya sendiri di sebuah rumah dekat Taman Warisan Indah, Kota Warisan, Sepang, Selangor. Bagi mendapatkan penjelasan mengenai penyakit mental, wartawan Jurnal menemubual Timbalan Presiden Persatuan Psikiatrik Malaysia, Dr. Hazli Zakaria…










