Ratusan hektar hutan terbakar - Utusan Malaysia

Ratusan hektar hutan terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 19 Julai – Ratusan hektar hutan dilaporkan masih terbakar di wilayah Riau, Sumatera, dipercayai akibat cuaca panas, selain pembakaran yang dilakukan pihak tertentu bagi tujuan pertanian.

Kebakaran hutan itu dilaporkan mula berlaku sejak awal Jun lalu.

Kebakaran hutan di Sumatera bukanlah perkara baharu dan hampir setiap tahun berlaku sebelum ini sehingga menyebabkan pelbagai masalah termasuk jerebu yang turut menjejaskan negara lain seperti Malaysia dan Singapura.

Menurut laporan agensi berita Antara, pihak berkuasa Indonesia kini bertungkus lumus mema­damkan kebakaran di wilayah Riau termasuk menggunakan 11 helikopter pengebom air.

Ketua Pelaksana Badan Operasi Bencana Riau, Edwar Sanger berkata, operasi memadam kebakaran menggunakan helikopter itu tertumpu di kawasan hutan di Dumai, Rokan Hulu, Pelalawan dan Siak.

Sementara itu, Badan Meteoro­logi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia (BMKG) dalam satu ke­nyataan menyatakan sejak awal tahun ini, lebih 600 hektar hutan di Sumatera telah terbakar.

BMKG turut berharap kebakaran hutan yang masih berlaku di Riau akan terpadam sepenuh­nya apabila hujan lebat diramalkan akhir bulan ini. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN