Rampas tulang bernilai RM1 juta - Utusan Malaysia

Rampas tulang bernilai RM1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Polis de­ngan kerjasama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) ne­geri berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan rangka­ dan tengkorak hidupan liar yang dianggarkan bernilai hampir RM1 juta pada Khamis lalu.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam ( KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 6 petang itu, lima suspek berusia lingkungan 29 hingga 72 tahun turut ditahan di dua buah rumah di Taman Johor Jaya dan Ulu Tiram.

“Hasil pemeriksaan di rumah pertama, polis berjaya merampas empat bungkusan yang me­ngandungi barang disyaki tulang, tengkorak dan bahagian hidupan liar dianggarkan seberat 13.8 kilogram (kg).

“Susulan itu, serbuan di rumah kedua telah dibuat dan polis me­nemui 11 bungkusan yang me­ngandungi tulang dan tengkorak hidupan liar seperti harimau, landak dan gajah,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN