Ramkarpal diarah keluar Dewan - Utusan Malaysia

Ramkarpal diarah keluar Dewan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh dari DAP menjadi wakil rakyat pertama diarah keluar daripada sidang Dewan Rakyat semalam ekoran keengganannya menarik balik perkataan ‘Pemuda UMNO samseng’.

Sidang hari ketiga itu menyaksikan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof menunjukkan ke­tegasannya meskipun terhadap penyokong kerajaan sendiri apabila beliau mengarahkan Ramkarpal keluar daripada sidang Dewan Rakyat pada sesi perbahasan sebelah petang.

Mohamad Ariff membuat keputusan pertamanya di Dewan Rakyat semalam setelah wakil-wakil rakyat pembangkang mendesak Ramkarpal menarik balik perkataan tersebut.

Bagaimanapun, Ramkarpal, 42, enggan berbuat demikian dengan berkata: “Saya tidak akan tarik balik. Maaf, Speaker.” 
Beliau merujuk kepada kejadian menimpa mendiang bapanya, Karpal Singh yang pernah diserbu sekumpulan anggota Pemuda UMNO di Parlimen pada Februa­ri 2009 selepas me­nyalahkan sayap parti itu atas ancaman bunuh yang diterimanya berikutan kenyataan mengenai krisis kerajaan negeri di Perak.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN