ISLAMABAD 25 Julai – Jutaan rakyat Pakistan keluar mengundi hari ini, dalam satu pilihan raya tegang yang dicemari dengan dakwaan campur tangan tentera dan beberapa siri serangan berdarah.
Sekurang-kurangnya 800,000 anggota polis dan tentera ditempatkan di lebih 85,000 pusat pengundian di seluruh negara bagi mengawal perjalanan pilihan raya di negara yang mempunyai kira-kira 207 juta orang penduduk. – AFP










