Rakyat marah, bukti sokongan PH menurun - Utusan Malaysia

Rakyat marah, bukti sokongan PH menurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Kehadiran ribuan orang ramai pada Himpunan Kebangkitan Ummah di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di Kuala Lumpur semalam merupakan petanda sokongan terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah menurun.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ini berikutan kemarahan masyarakat Melayu khususnya mengenai masa depan agama Islam dan hak orang Melayu selepas kerajaan PH mentadbir negara.

“Rata-rata umat Islam dan orang Melayu amat terasa apa yang berlaku dalam negara (mengenai kepentingan Islam dan orang Melayu).

“Jadi, mereka dengan sendirinya bangkit dan menunjukkan kemarahan bahawa perkara ini amat tidak senangi,” katanya ketika ditemui pemberita selepas program walkabout di Jalan Kebun di sini semalam.

Turut hadir adalah isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor dan calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Sungai Kandis, Datuk Lokman Noor Adam.

Lebih 2,000 umat Islam dari seluruh negara membanjiri Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini semalam bagi menyer­tai Himpunan Kebangkitan Ummah.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN