Rakyat hargai jasa Najib - Utusan Malaysia

Rakyat hargai jasa Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram


JASA dan budi Datuk Seri Najib Tun Razak kepada rakyat dan negara terlalu banyak untuk dihitung.

Seluruh pelusuk bumi Malaysia menikmati hasil daripada pendekatan diambil beliau selama mentadbir negara.

Bertepatan dengan sentuhan kata-kata beliau yang selalu menyebut ‘denyut nadi rakyat’ (kini perkataan itu tidak lagi kedengaran). Contoh paling dekat di hati rakyat ialah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM)!

Memuatkan artikel berkaitan…

Selama ini mana ada pemimpin negara yang mampu berbuat demikian.

Seluruh lapisan rakyat di mana sahaja mereka berada menikmatinya, sehingga ada suara-suara sumbang mempersenda dan mempolitikkan bantuan itu atas dasar kapasiti sempit akal ideologi politik.
Proses transformasi Najib amat berkesan sekali, berbeza dengan reformasi.

Kini beliau tidak lagi meneraju negara. Untuk melihat lebih banyak lagi program dan agenda rakyat seperti mana yang terkandung dalam manifesto pilihan raya Barisan Nasional tidak kesampaian.

Namun begitu, saya kagum dengan ketabahan dan kesabaran Najib dalam menghadapi saat-saat sukar kini. Pihak-pihak di sebelah sana memang tak senang duduk atas kejayaan beliau mengemudi negara ke kedudukan ‘top 20’ di dunia.

Najib tinggalkan Malaysia dalam keadaan yang kukuh dan masih ramai warga Malaysia tetap berterima kasih kepadanya. Syabas dan bersabarlah menentang kebatilan!


ZULKIFLI

Beseri, Perlis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×