Rakyat disaran ambil insuran untuk ke luar negara - Utusan Malaysia

Rakyat disaran ambil insuran untuk ke luar negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 31 Julai – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menyarankan rakyat negara ini yang berhasrat melancong ke luar negara mengambil insuran perjalanan bagi memudahkan urusan membawa pulang jenazah sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini.

Selain itu, beliau berkata, mereka juga dinasihatkan mengikuti keadaan cuaca di negara yang ingin dilawati sebagai langkah keselamatan.

Menurut beliau, polisi insuran perjalanan itu memudahkan urusan perjalanan membawa pulang jenazah seperti apa yang berlaku terhadap Allahyarham Siti Nur Ismawida Ismail, rakyat Malaysia yang maut akibat gempa bumi di Lombok, Indonesia.

“Saya difahamkan kos membawa pulang jenazah mangsa adalah sebanyak RM24,000 dan tindakan mengambil insuran itu banyak membantu urusan berkenaan.

“Kos sebenarnya tidak membebankan tetapi kita perlu sentiasa bersiap sedia dalam apa juga keadaan,” katanya kepada pemberita selepas menziarahi keluarga Siti Nur Ismawida di Masjid Al-Rahimah di Kampung Pandan di sini hari ini.

Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Pandan tiba pukul 6 petang tadi untuk menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa selain menghulurkan sumbangan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN