KUALA LUMPUR 31 Julai – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menyarankan rakyat negara ini yang berhasrat melancong ke luar negara mengambil insuran perjalanan bagi memudahkan urusan membawa pulang jenazah sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini. Selain itu, beliau berkata, mereka juga dinasihatkan mengikuti keadaan cuaca di negara yang ingin dilawati sebagai langkah keselamatan. Menurut beliau, polisi insuran perjalanan itu memudahkan urusan perjalanan membawa pulang jenazah…