KUALA LUMPUR – Tan Sri Rais Yatim berkata, beliau tidak menerima sebarang ‘isyarat’ tentang pencalonannya sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu. Bekas menteri dan Veteran UMNO itu, yang namanya disebut-sebut bakal menyandang jawatan itu berkata, sebarang keputusan bergantung kepada usul yang akan dikemukakan pada Sidang Dewan Rakyat bermula 16 Julai ini. “Sebenarnya saya secara formalnya tidak menerima apa-apa isyarat. Saya fikir ini salah satu reaksi masyarakat dan juga badan-badan bukan kerajaan yang mengemukakan pandangan tersebut. “Namun semuanya bergantung kepada usul yang mungkin dibawa oleh pihak berkuasa pada 16 hari bulan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya