Qi Razali rancang bertunang - Utusan Malaysia

Qi Razali rancang bertunang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pengacara dan pemuzik popular Qi Razali merancang untuk mengikat ikatan pertunangan pada tahun ini dengan kekasihnya, Nia Atasha Rosli, 22.

Menurut Qi, 41, keluarganya telah pun menghantar rombongan merisik dan jika tiada aral mereka akan melangsungkan pertunangan pada tahun ini.

“Memang ada perancangan untuk menamatkan zaman bujang. Saya pun bukannya muda lagi, teringin juga ada anak sendiri.

“Cuma apa yang boleh saya kongsikan kami telah bertemu dengan keluarga masing-masing. Keluarga saya juga telah menghantar rombongan merisik dan jika ada rezeki kami akan mulakan dengan majlis pertunangan pada tahun ini.

“Doakan yang terbaik buat kami berdua,” kata Qi yang ditemui pada pelancaran single terbaharu band OAG berjudul Infiniti sebentar tadi.

Qi dan Nia yang merupakan seorang model telah menjalinkan hubungan cinta hampir dua tahun lalu. Terdahulu Qi pernah bercinta dengan pelakon Nelydia Senrose. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN