Putus kaki ketika mahu jumpa bapa - Utusan Malaysia

Putus kaki ketika mahu jumpa bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH – Hajat seorang anak untuk bertemu dan makan durian bersama bapa kandungnya tidak kesampaian apabila dia terlibat dalam kemalangan ngeri yang menyebabkan kaki kirinya putus sehingga ke pangkal paha di Jalan Batu Gajah di sini Khamis lalu.

Dalam kejadian pada pukul 4 petang itu, motosikal jenis Demak yang ditunggang mangsa, Mohamad Ashraf Mohamad Zuki, 13, ter­babas sebelum me­rempuh besi penghadang jalan.

Ibu mangsa, Mekelsom Awang Kechik, 44, berkata, ketika kemalangan anaknya dalam perjalanan ke rumah bapanya, Mohamad Zuki Salleh, 56, di Kampung Telaga Bijih yang terletak kira-kira empat kilometer dari rumah mereka di Kampung Bukit Berapit.

Kata Mekelsom, anak bongsu daripada tiga beradik itu sering ke rumah bekas suaminya sejak mereka bercerai.

“Ashraf ada beritahu saya yang dia ingin pergi ke rumah bapanya untuk makan durian,” ceritanya.

Menurut Mekelsom, dia di­beri­tahu tentang kejadian malang itu pada pukul 4.30 petang hari yang sama.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN