Putin: Pertemuan dengan Trump `sangat berjaya’ - Utusan Malaysia

Putin: Pertemuan dengan Trump `sangat berjaya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HELSINKI 16 Julai – Presiden Rusia, Vladimir Putin menyifatkan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dalam sidang kemuncak di sini sebagai `sangat berjaya’.

Menurut Putin, mereka menyentuh tentang pelbagai isu termasuk ketegangan di Semenanjung Korea dan situasi di Syria semasa pertemuan pertama sidang kemuncak terbabit.

“Saya menyifatkan rundingan antara kami sebagai berjaya dan berguna,’’ katanya yang turut memuji `suasana sidang kemuncak itu jujur dan cekap serta bersistematik’.

Menurut beliau, Trump turut membangkitkan isu tuduhan campur tangan Rusia semasa pilihan raya Presiden di AS.

“Saya terpaksa mengulangi apa yang telah saya katakan banyak kali sebelum ini bahawa Rusia tidak pernah campur tangan dan merancang campur tangan dalam hal ehwal dalaman AS,’’ kata Putin. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN