BANGKOK 5 Julai – Berpuluh orang dilaporkan hilang selepas sebuah bot penyelam yang membawa 90 penumpang karam di pulau pelancongan Phuket.
Menurut pejabat Bencana, Pencegahan dan Mitigasi di Phuket, separuh daripadanya berjaya diselamatkan dan operasi menyelamat serta mencari masih berjalan. – AFP










