BATU KAWAN 14 Julai – Pulau Pinang gagal mendapatkan tiga mata berharga apabila sekadar seri 0-0 dengan UiTM FC dalam saingan Liga Perdana di Stadium Negeri Pulau Pinang di sini malam ini.
Permainan berlangsung hambar apabila kedua-dua pasukan gagal mencipta jaringan dan bola hanya banyak berlegar di tengah padang.
Ketumpulan barisan serangan kedua-dua pasukan membuatkan mereka buntu mencari jaringan malah tiada serangan berbahaya berjaya dicipta.
Menjelang minit-minit akhir barulah Pulau Pinang mencuba beberapa kali ke arah pintu gol pelawat namun gagal diterjemahkan.
Keputusan itu mengecewakan pengendalinya Zainal Abidin Hasan yang amat mengharapkan kemenangan bagi menjarakkan kedudukan dari dasar liga. – UTUSAN ONLINE










