‘Pulangkan semula wang 1MDB’ - Utusan Malaysia

‘Pulangkan semula wang 1MDB’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Semua pemilik akaun yang dibekukan kerana disyaki mene­rima dana daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diminta untuk menyerahkan kembali wang yang diterima secara sukarela ataupun berdepan tindakan undang-undang.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull berkata, tindakan yang akan diambil adalah memohon kepada mahkamah untuk melucut hak harta dan juga tindakan saman terhadap pemilik akaun.

Katanya, semua akaun yang dibekukan itu adalah melibatkan akaun milik individu, persatuan, syarikat dan parti-parti politik.

“Matlamat Pasukan Petugas Khas (Task Force) 1MDB adalah untuk mendapatkan kembali kesemua wang 1MDB.

“Wang tersebut menjadi ‘wang haram’ apabila dimasukkan secara salah dan kami ada bukti kukuh yang menunjukkan bahawa wang dalam akaun mereka diperoleh daripada dana 1MDB,” katanya pada sidang akhbar Majlis Pelancaran buku Corruption and Crime in Malaysia di Kedai Buku GerakBudaya di Seksyen 11 di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN