KUALA LUMPUR 23 Julai – Langkah kerajaan mengeluarkan nama peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) daripada senarai hitam Jabatan Imigresen adalah konsisten dengan kelonggaran yang diberikan terhadap individu-individu yang gagal membayar pinjaman bank. Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, langkah yang dilaksanakan di bawah manifesto kerajaan Pakatan Harapan (PH) itu juga selaras dengan prinsip hak asasi manusia. “Kalau kita lihat mereka yang berhutang dengan bank, nama mereka tidak…










