IPOH 7 Julai – Kementerian Sumber Manusia menerusi tiga agensinya hari ini memulakan projek perintis turun padang dengan pembukaan Kaunter Khidmat Rakyat di Pasar Kampung Tawas di sini yang disasarkan bagi membantu golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40). Tiga agensi terlibat di kaunter berkenaan yang dibuka selama hampir dua jam untuk sebulan sekali bagi memudahkan orang ramai menyalurkan sebarang pertanyaan ialah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)…










