Projek Bandaraya Getah di Padang Terap tetap diteruskan - Utusan Malaysia

Projek Bandaraya Getah di Padang Terap tetap diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Projek Bandaraya Getah atau Rubber City di daerah Padang Terap dekat sini yang dirancang kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini akan diteruskan meskipun ia memerlukan peruntukan besar daripada kerajaan Pusat.

Menteri Industri Utama, Teresa Kok berkata, projek yang masih di peringkat perancangan itu tidak akan dibatalkan kerana yakin ia dapat membantu meningkatkan pendapatan pekebun kecil serta memajukan lagi industri getah di negara ini.

“Kementerian (Industri Utama) akan bekerjasama dengan kerajaan negeri dan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) untuk melihat bagaimana nak membangunkan dan mempercepatkan projek ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Industri Getah Kebangsaan di TH Hotel & Convention Centre di sini hari ini.

Kata Teresa, Lembaga Getah Malaysia  akan menjadi jururunding  untuk melakukan perbincangan dengan semua pihak terlibat bagi membangunkan projek tersebut.

“Pada waktu ini, kita telah bantu NCIA dan kerajaan negeri untuk bangunkan pelan pembangunan dan saya difahamkan dua pihak tersebut kini berada pada tahap pengambilan tanah,” ujarnya.

Pembangunan projek berkenaan melibatkan peruntukan sebanyak RM320 juta yang disalurkan kerajaan terdahulu menerusi Bajet 2016.-K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN