KUANTAN 23 Julai – Kerajaan negeri harus proaktif untuk meningkatkan hasil tanpa bergantung sepenuhnya kepada sektor tanah dan galian yang dijangka menyumbang sebanyak RM337.7 juta serta perhutanan (RM102.45 juta) pada tahun ini. Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, negeri ini mempunyai potensi besar untuk meningkatkan lagi hasil pendapatan dan kerajaan sewajarnya bersikap proaktif dalam menggalakkan pelaburan swasta terutama dalam sektor pembuatan. “Taman Teknologi Pahang mempunyai potensi tinggi…










