PRK Sungai Kandis: UMNO putuskan malam ini - Utusan Malaysia

PRK Sungai Kandis: UMNO putuskan malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 18 Julai – Keputusan sama ada UMNO akan bertanding menggunakan lambang parti itu atau kekal menggunakan simbol Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis akan diputuskan malam ini.

DATUK SERI MOHAMAD HASAN
DATUK SERI MOHAMAD HASAN

Difahamkan, mesyuarat malam ini juga akan turut membincangkan mengenai kemungkinan UMNO dan Pas sepakat untuk memastikan pembangkang hanya menampil satu calon selain soal persiapan jentera pilihan raya serta kedudukan bakal calon.  

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai tetapi mengesahkan mesyuarat mengenai Pilihan Raya Kecil Sungai Kandis akan berlangsung malam ini.

“Parti akan putuskan, malam ini (bermesyuarat) tetapi saya tidak boleh kongsikan apa-apa buat masa ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN