PRK Sg. Kandis: Wanita UMNO sokong keputusan pucuk pimpinan - Utusan Malaysia

PRK Sg. Kandis: Wanita UMNO sokong keputusan pucuk pimpinan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Julai – Pergerakan Wanita UMNO menyatakan sokongan penuh terhadap apa juga keputusan yang bakal diambil oleh pucuk kepemimpinan parti berhubung peletakan calon untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis.

PRK Sg. Kandis: Wanita UMNO sokong keputusan pucuk pimpinan
Dr. Noraini Ahmad

Ketuanya, Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata, setakat hari ini pihaknya masih belum menerima sebarang bayangan adakah UMNO akan bertanding ataupun memberikan laluan kepada Pas bagi mewujudkan pertembungan satu lawan satu.

Menurutnya, seandainya parti memutuskan untuk membentuk kerjasama dengan Pas, Wanita UMNO tetap tidak akan berbelah bahagi menggerakkan jentera seiring dengan keputusan kepemimpinan tertinggi.

“Keputusan belum dibuat dalam mana-mana mesyuarat. Walau bagaimanapun UMNO masih ada masa lagi esok sebelum hari penamaan calon pada Sabtu.

“Wanita UMNO sudah cukup bersedia untuk menggerakkan kempen cumanya kaedah akan sedikit berbeza memandangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) bukan lagi kerajaan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas program Bicara Hasanah di Auditorium Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Yang turut hadir ialah penceramah terkenal, Datuk Mohd. Kazim Elias selaku penceramah di program berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN