Prihatin keperluan pelanggan - Utusan Malaysia

Prihatin keperluan pelanggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG, SUSULAN komen pembaca bertajuk Jangan tutup CIMB Parit Raja dalam ruangan Forum Utusan Malaysia pada 30 Jun lalu, ingin dimaklumkan bahawa penggabungan CIMB Bank Parit Raja dengan CIMB Bank Taman Bukit Pasir adalah sebahagian daripada usaha berterusan CIMB untuk menyusun semula rangkaian cawangan-cawangan bank kami di Malaysia.

Walau bagaimanapun, kami sentiasa prihatin terhadap keperluan perbankan pelanggan CIMB dan hakikatnya, pelbagai perkhidmatan perbankan boleh didapati di mesin-mesin pengeluaran automatik (ATM) dan mesin deposit tunai (CDM) kami yang terdapat di bandar Parit Raja.

Ini termasuk lokasi seperti di Petronas Parit Raja, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan di Tesco Parit Raja untuk urusan:

Memuatkan artikel berkaitan…

1. Pengeluaran wang tunai.

2. Pemindahan dana, bayaran pinjaman, bayaran kad kredit ke dalam akaun CIMB atau bukan CIMB.

3. Tambah nilai kad Touch ‘n Go.

4. Semakan baki akaun simpanan, semasa, kad kredit atau pinjaman.

5. Deposit tunai ke dalam akaun CIMB (simpanan, semasa, kad kredit, pinjaman).

6. Pembayaran bil utiliti.

7. Permintaan buku cek.

8. Penyata perbankan mini.

9. Pendaftaran perbankan dalam talian.

10. Penukaran nombor pin dan had transaksi.


Perkhidmatan Perbankan 365 kami yang merangkumi penggunaan mesin ATM dan CDM juga boleh digunakan oleh pelanggan di luar waktu perbankan rasmi seperti berikut:

l Petronas Parit Raja: 8.00 pagi – 10.00 malam (ATM dan CDM terletak 900 meter dari CIMB Bank Parit Raja)
l Tesco Parit Raja: 8.00 pagi – 11.00 malam (ATM)
l Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: 24 jam (ATM)


Untuk maklumat lanjut mengenai senarai perkhidmatan yang lengkap, pelanggan CIMB boleh layari laman web https://www.cimbbank.com.my/en/personal/banking-with-us/ways-to-bank/self-service-banking.html atau laman CIMB Clicks (https://www.cimbclicks.com.my) bagi pelbagai perkhidmatan perbankan atas talian pada bila-bila masa (24 jam sehari).

Pelanggan tidak perlu membuang masa, tenaga mahupun kos parkir kerana pelbagai perkhidmatan perbankan boleh dilakukan dalam talian, di mana-mana sahaja.

Tambahan pula, buat masa ini pemindahan dana ke akaun CIMB atau bukan CIMB melalui CIMB Clicks adalah percuma. Bagi pelanggan yang masih ada kemusykilan, kami juga boleh dihubungi pada bila-bila masa, 24 jam sehari, di talian 03-6204 7788.

JURUCAKAP CIMB 
BANK BERHAD

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN