Presiden Filipina mengadakan pertemuan dengan Tun Mahathir - Utusan Malaysia

Presiden Filipina mengadakan pertemuan dengan Tun Mahathir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Presiden Filipina, Rodrigo Duterte hari ini mengadakan pertemuan dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad di Pejabat Perdana Menteri di Kompleks Perdana Putra di sini.

Ketibaan Duterte, yang diiringi Setiausaha Luar Filipina, Alan Peter Cayetano dan Duta Besar Filipina di Malaysia, Charles Jose, disambut oleh Mahathir pada pukul 3 petang.

Kedua-dua pemimpin itu mengadakan pertemuan selama sejam.

Hadir sama Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dan Menteri Pertananan, Mohamad Sabu.

Duterte menyampaikan potret Perdana Menteri kepada Mahathir sebagai memento bagi tanda lawatan tersebut.

Jurucakap presiden, Harry Roque, dilaporkan sebagai berkata, ketika Duterte berada di Malaysia, Presiden itu akan menemui Mahathir  bagi membincangkan isu-isu berkaitan pemberontakan dan kumpulan pengganas ISIS (Daesh). – Bernama
 
 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN