PPBM kini dikenali sebagai Bersatu - Utusan Malaysia

PPBM kini dikenali sebagai Bersatu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Julai – Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, nama dan logo parti tersebut tidak lagi menggunakan singkatan akronim PPBM sebaliknya dikenali sebagai Bersatu.

Beliau yang juga Perdana Menteri berkata, perubahan nama itu boleh dilakukan kerana parti tersebut telah mempunyai kuasa selepas menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“PPBM akan guna perkataan Bersatu sebagai nama dan slogan parti.

“Dahulu tak boleh sebab ada bantahan pihak berkuasa, tapi sekarang kuasa pada kita dan boleh buat perubahan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusi Mesyuarat Majlis Tertinggi Kepemimpinan Tertinggi Bersatu di Menara Yayasan Selangor, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Presiden Bersatu yang juga Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu yang juga Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN