PPBM ganti UMNO lindungi Melayu - Utusan Malaysia

PPBM ganti UMNO lindungi Melayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING 6 Julai – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, PPBM akan menggantikan UMNO sebagai pelindung kepada orang Melayu.

Mahathir yang juga Pengerusi PPBM berkata, orang Melayu berasa tidak begitu selamat selepas Pakatan Harapan menerajui negara disebabkan sekian lama mereka percaya bahawa perlindungan hanya mampu diberikan oleh UMNO.

Beliau berkata, begitupun PPBM tidak akan berkelakuan seperti UMNO hari ini yang sudah jauh menyimpang daripada perjuangan dan tujuan asal penubuhannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“UMNO dulu adalah parti yang dihormati, dimuliakan tapi apabila menjadi pemerintah sekian lama, mereka lupa bahawa mereka ditubuhkan untuk perjuangan bangsa, agama dan negara.

“Sebaliknya di bawah pimpinan Datuk Seri Najib (Tun Razak), UMNO menjadi parti yang hanya fikir duit ringgit bagi diri mereka sahaja dan yang ambil duit terbanyak, yang mencuri duit ialah Presiden mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Rumah Terbuka Aidilfitri PPBM di Laketown Resort, Bukit Merah di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN