KANGAR 11 Julai – PPBM Bahagian Kangar akan membuat laporan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu depan mengenai salah guna kuasa dan penyelewengan yang didakwa dilakukan oleh beberapa pemimpin tertinggi UMNO negeri ini. Setiausaha Kerjanya, Muhd. Nabil Kamal Baharin mendakwa, pada masa ini, mereka sedang mengumpulkan bahan bukti mengenai penyelewengan yang dilakukan pemimpin terbabit antaranya seperti isu pembekalan periuk nasi, projek tebatan banjir dan pemberian projek-projek kepada…










