Potong elaun ahli Parlimen ponteng - Rais - Utusan Malaysia

Potong elaun ahli Parlimen ponteng – Rais

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Julai – Tokoh sosiobudaya, Tan Sri Dr. Rais Yatim mencadangkan pemotongan elaun bulanan ahli-ahli Parlimen yang tidak hadir sidang Dewan Rakyat.

Beliau berkata, itu merupakan cara terbaik untuk mengatasi masalah Dewan Rakyat yang tidak cukup korum sewaktu bersidang.

Malah, beliau turut mencadangkan supaya nama-nama ahli Parlimen yang malas hadir disiarkan dalam akhbar atau media sosial.

“Cara terbaik mengatasi masalah Dewan Rakyat yang tidak cukup korum ialah potong elaun bulanan ahli mengikut kadar arahan Jawatan Kuasa Pemilih Dewan Rakyat.

“Kedua, siarkan nama-nama anggota yang malas hadir dalam akhbar atau media sosial,” katanya dalam Twitter. hari ini.

Beliau mengulas sidang Dewan Rakyat yang sepatutnya disambung semula selepas waktu rehat pukul 2.30 petang tadi terpaksa ditangguhkan sebentar kerana tidak cukup korum. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN