KUALA LUMPUR 24 Julai – Tokoh sosiobudaya, Tan Sri Dr. Rais Yatim mencadangkan pemotongan elaun bulanan ahli-ahli Parlimen yang tidak hadir sidang Dewan Rakyat. Beliau berkata, itu merupakan cara terbaik untuk mengatasi masalah Dewan Rakyat yang tidak cukup korum sewaktu bersidang. Malah, beliau turut mencadangkan supaya nama-nama ahli Parlimen yang malas hadir disiarkan dalam akhbar atau media sosial. “Cara terbaik mengatasi masalah Dewan Rakyat yang tidak cukup korum ialah potong…










