KUALA LUMPUR 19 Julai- Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyemak dakwaan beberapa portal laporan media yang melaporkan Low Taek Jho atau Jho Low ditahan oleh pihak berkuasa China.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, bagaimanapun, pihaknya masih belum menerima maklumat berhubung perkembangan perkara itu.
“Saya tidak ada maklumat perkara itu, saya akan semak,” katanya ditemui pada majlis penyerahan Peronda Lebuh Raya (EMPV) di Persada Plus di Subang Jaya di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE









