KUALA LUMPUR 30 Julai – Polis memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang lelaki warga Tanzania yang dilaporkan hilang sejak 2017.
![]() |
|
ELVIS PAUL
|
Kontinjen Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, lelaki berkenaan, Elvis Paul Kazeni Mbwambo, 22, dilihat kali terakhir di Universiti Asia Pacific, Taman Teknologi, Bukit Jalil di sini sekitar tahun lalu.
“Pihak Kedutaan Tanzania telah membuat laporan di Balai Polis Bukit Jalil berhubung kehilangan lelaki berkenaan.
“Sesiapa yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ketua Balai Polis Bukit Jalil, Asisten Superintenden Franky Wong Kee Chaan di talian 03-89943222 atau 016-34999222,” katanya di sini hari ini.
Tambahnya, orang ramai juga boleh melaporkan kepada Ibu pejabat Polis Daerah Cheras di talian 03-92050222 atau Pusat Kawalan Polis Kuala Lumpur iaitu 03-21460584/585 atau mana-mana balai polis yang berhampiran. – UTUSAN ONLINE











