KUALA TERENGGANU 25 Julai – Polis sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki terbabit dalam kes mencederakan seorang penjual ikan di Kampung Tanjung Gelam, Mengabang Telipot, Kuala Nerus pada 7 Julai lalu. Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Suffian Sulaiman percaya Che Rozidi Amri Abu Bakar, 47, atau lebih dikenali sebagai Sidi yang juga rakan mangsa masih berada di dalam negeri ini. Katanya, kejadian yang berlaku sekitar pukul 4 petang itu bermotifkan…










