BUKIT MERTAJAM 30 Julai – Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah sedang mengesan seorang lelaki warga Thailand bagi perbicaraan satu kes dadah di Mahkamah Bukit Mertajam, di sini 6 Ogos ini.
![]() |
|
CHETSADA
|
Menurut satu kenyataan di sini hari ini, saksi tersebut, Chetsada, berusia 35 tahun dan alamat terakhirnya di Hotel E-Red Alma, Bukit Mertajam.
Orang ramai yang mengenali lelaki yang memegang pasport bernombor AA 6771340 itu diminta menghubungi Inspektor Muhammad Izamri Bahadun di talian 012-468 0269. – UTUSAN ONLINE











