KLANG – Seorang penjenayah dipercayai terlibat dalam kes samun berjaya ditahan setelah kenderaan dinaiki terbabas ke dalam parit di Jalan Besar Parit Dua, Kuala Selangor di sini selepas dikejar sejauh 60 kilometer tengah malam semalam. Dalam kejadian pukul 12.30 tengah malam itu, suspek berusia 34 tahun yang menaiki kereta jenis Proton Saga mula dikejar polis dari Sungai Kapar dekat sini. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mazelan Paijan berkata,…










