KLANG 6 Julai – Cubaan seorang lelaki melarikan diri daripada diperiksa polis gagal apabila dia berjaya ditahan di Jalan Besar Parit Dua, Kuala Selangor, di sini malam semalam. Suspek berusia 34 tahun dipercayai terlibat dengan kes samun itu ditahan kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi setelah dikejar sejauh 60 kilometer polis peronda kenderaan pelbagai guna (MPV) dari Sungai Kapar, di sini. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mazelan Paijan…










