Polis Indonesia rampas 600,000 pil selesema - Utusan Malaysia

Polis Indonesia rampas 600,000 pil selesema

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DENPASAR 16 Julai – Polis negara ini berjaya merampas sebanyak 600,000 pil selesema `Pseudoephedrine’ yang mengandungi ramuan untuk membuat dadah dipercayai untuk dihantar ke Australia.

Pil dari Korea Selatan itu ditemukan di hentian sebuah resort di Bali pada Januari lalu namun pengumumannya baharu dibuat hari ini.

Menurut pihak berkuasa, kejayaan itu adalah hasil maklumat yang diperoleh dari Australia.

Pil yang diisi dalam botol seberat hampir 140 kilogram mempunyai label makanan kesihatan.

Pengarah Besar Kastam, Heru Pambudi berkata, hasil ujian makmal mendapati pil itu mengandungi `Pseudoephedrine’ ramuan utama untuk membuat dadah jenis Methamphetamine dan dadah lain. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN