Polis hadiah kasut kepada budak lelaki miskin - Utusan Malaysia

Polis hadiah kasut kepada budak lelaki miskin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON – Tindakan dua anggota polis yang menghadiahkan sepasang kasut kepada seorang budak lelaki mendapat pujian orang ramai di seluruh Amerika Syarikat.

Menurut laporan, dua pegawai penguatkuasa dari Jabatan Polis Tukwila itu sedang melakukan rondaan di Taman Cascade View di Everett dekat sini.

Pada ketika itu, mereka terlihat seorang budak lelaki berlari dengan memakai stokin kotor dan koyak. Kaki kanak-kanak itu mempunyai kesan luka dan berdarah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pegawai polis itu kemudiannya membersihkan dan membalut luka sebelum membeli sepasang kasut untuk budak berkenaan.

Kanak-kanak itu menyatakan dia tidak mempunyai kasut kerana (kasut) sebelum ini terlalu kecil untuk kakinya.

Kisah itu dikongsi di Facebook Jabatan Polis Tukwila dan rata-rata netizen memuji tindakan kedua-dua pegawai berkenaan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×