Polis buka semula siasatan Teoh Beng Hock - Utusan Malaysia

Polis buka semula siasatan Teoh Beng Hock

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Julai- Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan pihaknya telah menerima arahan daripada Peguam Negara untuk membuka semula kertas siastan terhadap kes kematian Teoh Beng Hock.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, arahan itu diterima pada 17 Julai lalu dan pihaknya akan menyemak semula berhubung perkara itu.

“Kita akan semak dan lengkapkan kertas siasatan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Kenderaan Peronda Lebuh Raya (EMPV) di Menara Persada PLUS di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi PLUS, Tan Sri Mohd. Sheriff Mohd. Kassim; Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Senior Asisten Komisioner Sharul Othman Mansor.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN