Polis akan panggil penganjur himpunan di hadapan Bukit Aman - Utusan Malaysia

Polis akan panggil penganjur himpunan di hadapan Bukit Aman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Polis akan memanggil penganjur perhimpunan di hadapan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman yang tidak memberikan notis pemberitahuan di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, perhimpunan tersebut bersurai dengan baik tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

“Sehingga masa kini, belum ada sebarang tangkapan tetapi kita akan ambil keterangan lanjut daripada penganjur dalam masa terdekat.

“Penganjur tidak memberikan sebarang notis pemberitahuan bagi mengadakan perhimpunan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012,” katanya pada sidang akhbar di Balai Polis Bukit Jalil di sini hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Terdahulu, pagi ini, kira-kira 100 penyokong Badan Bukan Kerajaan Pemantau Malaysia Baru berkumpul bagi menunjukkan solidariti kepada Yang di-Pertuan Agong dan membantah parti DAP yang didakwa memperkudakan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Kumpulan itu diketuai Exco Pemuda UMNO, Faisal Ismail Aziz dan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lokman Noor Adam yang juga Presiden Pemantau Malaysia Baru. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN