PERKAHWINAN budak perempuan berumur 11 tahun yang dikenali sebagai Ayu dengan seorang peraih getah berusia 41 tahun di Kelantan pada 18 Jun lalu telah menimbulkan kontroversi disebabkan budak tersebut masih di bawah umur. Pelbagai reaksi dan persepsi dalam kalangan masyarakat timbul apabila kisah perkahwinan pasangan itu tular di media sosial Facebook pada 29 Jun lalu, ada yang beranggapan kanak-kanak itu masih belum matang untuk berkahwin seterusnya ada pula menyifatkan pemuda…










