KUALA LUMPUR – Keputusan berhubung peletakan jawatan kesemua sembilan Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Berhad akan ditentukan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berpendapat, keputusan sembilan Ahli Lembaga Pengarah tersebut termasuk Pengarah Urusan, Tan Sri Azman Mokhtar adalah untuk memberi peluang kepada Perdana Menteri menentukan hala tuju syarikat milik kerajaan (GLC) itu.
“Saya rasa mereka nak berikan peluang kepada Perdana Menteri untuk membuat keputusan tentang hala tuju (Khazanah Nasional).
“Sama ada nak teruskan dengan lembaga pengarah dulu yang dilantik oleh kerajaan lama atau nak (lantik) yang baharu,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini sebentar tadi.
Khazanah Nasional dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan semua sembilan Ahli Lembaga Pengarah termasuk Azman menawarkan peletakan jawatan daripada syarikat GLC itu. – K! ONLINE










