PM dilantik Pengerusi Khazanah - Utusan Malaysia

PM dilantik Pengerusi Khazanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) yang baharu berkuat kuasa serta-merta.

Menurut kenya­­­taan Pejabat Per­dana Menteri semalam, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; bekas Pre­siden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Mohd. Hassan Marican; bekas Timbalan Gabenor Bank Negera, Dr. Sukhdave Singh dan Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Maybank, Goh Ching Yin dilantik ahli lembaga pengarah syarikat dana pelaburan strategik negara itu berkuat kuasa serta-merta.

Tambah kenyataan itu lagi, pelantikan Pengarah Urusan Khazanah akan diumumkan kemudian.

Sebelum ini, sembilan anggota lembaga pengarah Khazanah Nasional, termasuk Pengarah Urusan, Tan Sri Azman Mokhtar dan Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif, Tan Sri Md. Nor Md. Yusof, meletakkan jawatan untuk membolehkan kerajaan baharu memutuskan kepimpinan baharu syarikat itu.

Turut meletakkan jawatan ialah Datuk Seri Nazir Tun Razak, Datuk Dr. Nirmala Menon, Tan Sri Mohamed Azman Yahya, Datuk Mohammed Azlan Hashim, Yeo Kar Peng, Tan Sri Andrew Sheng Len Tao dan Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN